Semoga Aku Sentiasa Bersyukur

SEMOGA AKU SENANTIASA BERSYUKUR
Puisi JN

Aku sering berdoa memohon
segala kebaikan dalam menjalani
setiap detik jalan hidup ku..Tapi!
aku sering gagal...

Mungkin Allah,
mahu mendidik..
hati ini agar aku selalu tabah!...

Aku sering berdoa agar di beri
kebijaksanaan dalam memberi
keputusan dalam semua hal
tapi aku kecundang..

Mungkin Allah..
mahu menguji sejauh
mana otak ini berfikir..

Aku sering ingin kan keberanian..
tapi Allah memberikan amarah bahaya

Aku berdoa di pertemukan Cinta
dan Allah pertemukan aku
dengan orang yang salah..

Mungkin Allah,
mahu aku sentiasa berhati-hati
dalam mencari cinta sejati

aku ingin nikmat-nikmat
tapi Allah memberikan aku
peluang-peluang..

Mungkin Allah,
mahu aku berdikari mengunakan
tulang empat kerat ku..

Lalu ku berdoa..
Ya Allah...
Tunjukkan kepada kami yang benar
dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar.
Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar
dan permudahkan kami meninggalkannya...

..Semoga Aku Sentiasa Bersyukur..Pada Mu Allah!..Amin.
JN.