Desember Ku Nanti Tanpa Cinta Di Hati!

DESEMBERKU NANTI TANPA CINTA DIHATI
Puisi JN.

Ku rasa hangat pagi ini
indah suria yang menyinar
bagai tak akan ada berlalu
akan setia menanti hingga
kelam malam menghadirkan diri..

Tapi setia itu pasti tiada
kerana hangat suria tak pernah
setia pada pagi dan siang hari
pada musim yang tiada pernah teguh
pada setia suria yang indah..

Pasti godaan angin yang nyaman
akan menghadirkan suram hujan
pada masa yang tak terduga..

Begitu jua hati ini terasa kelam
pada setia janji yang tiada setia
sinar cinta yang menyinar kini pudar
bersama hadirnya hujan yang melanda..Kini,

December Ku Nanti Tanpa Cinta Di Hati!..Biarlah Semua berlalu pergi!
Kerana aku seteguh karang di laut
tak akan goyang pada kekecwaan yang tiada erti!